give me ur LOVE beby !

give me ur LOVE beby !

Monday, July 11, 2011

10 Cara Kurangkan Derita Putus Cinta

~~kalu ase mampu untuk bertahan,tunggu la..kalu x,,meh try tips ni~~~


Korang mesti pernah putus cinta kan? Putus Cinta ataupun ‘break-up’ ni memang sangat2 lah menyakitkan. Lebih sakit bila kita break-up sebab ditinggalkan berbanding kita yang tinggalkan orang. Mesti ramai yang seolah-olah hidup tanpa arah tujuan, hilang semangat bila dah break-up ni. Memang susah sangat nak cuba lupakan ex kita kan? So, ni la 10 CARA UNTUK KURANGKAN DERITA PUTUS CINTA.....


1. Elakkan diri dari Ex korang.
 Perkara yang paling penting untuk korang ingat. Kalau korang still berjumpa dengan ex, sure akan teringat semua kenangan-kengangan manis yang semestinya akan buat hati korang bertambah-tambah la sakit. Kalau korang still nak call, sms, atau jumpa dia, korang akan dilabel sebagai stalker pulak. So, cara terbaik ialah korang kena jauhkan diri dan elakkan sebarang komunikasi dengan si dia.


2. Biarkan Diri Korang Rasa Kesakitan tu
Perkara pertama yang datang bila korang breakup ialah kesakitan yang amat sangat. Memang korang rasa sedih tapi jangan elak sedih tu dan korang kena fikirkan yang kesakitan dan kesedihan tu sebenarnya bagus untuk korang. Memang natural untuk korang rasa sakit dan sedih bila kehilangan seseorang yang penting dalam hidup. Bila korang rasa sakit dan sedih, itu seolah-olah petanda yang mengatakan korang dalam proses penyembuhan. Tak perlu panik. Kesakitan dan kesedihan breakup ni boleh jadi sumber inspirasi untuk korang buat benda yang lebih baik


3. Sibukkan Diri
 Ni cara terbaik untuk elakkan diri korang dari sentiasa berangan dan terkenangkan si dia. Minda korang tak akan fikirkan benda-benda tu kalau korang sibuk dan tak ada masa untuk berangan. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berlainan dan pilih aktiviti yang korang suka buat. Cara ni boleh alihkan perhatian korang dari fikir hal-hal sedih tu. Bukan saja dapat segarkan minda tapi jugak dapat elakkan diri dari sentiasa cuba nak contact si dia.


4. Luahkan perasaan cuma pada kawan rapat
Bad idea kalau korang luahkan kesedihan breakup tu kat semua kawan. Nanti diorang akan cuba elakkan diri sebab diorang fikir korang ni takde benda lain nak cakap selain dari kisah breakup. Pilih sorang kawan yang dirasakan akan faham fikiran dan perasaan korang. Sentiasa ingat yang kawan rapat ni boleh menjadi pembantu yang paling baik untuk korang lupakan si dia dengan berikan nasihat yang terbaik.


5. Tuliskan apa yang korang rasa
 Kiranya macam buat jurnal lah. Menulis ni salah satu idea yang bagus untuk luahkan segala kesakitan yang terpendam, kekecewaan dan kemarahan yang disebabkan breakup. Boleh release semua tu.




6. MeditasiNi bukanlah bertapa cam pendekar tu ataupun memuja benda-benda tahyul. Meditasi ni teknik lama untuk relaks dan tenangkan minda. Tutup mata dan kosongkan minda. Kosongkan semua fikiran. Memang sangat susah pada permulaan tapi korang cuba lah.

7. Jaga Keluarga korangKeluarga adalah support system terbesar dalam hidup korang. Diorang akan sentiasa di sisi. Sentiasa libatkan diri dengan aktiviti keluarga. Selain dapat sibukkan diri, korang dapat jugak dekat dengan orang-orang yang akan sentiasa support korang. Keluarga kita lebih memahami diri kita kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

8. Buang semua memoriSalah satu cara untuk lupakan ex korang ialah dengan membuang semua benda yang boleh mengingatkan pada ex. Mula-mula ni memang la susah nak lupakan semua kenangan korang bersama ex. Contoh; kalau korang dapat cincin masa couple, lebih baik korang pulangkan bila breakup. Lagi bagus dari korang simpan kenangan yang akan tambah menyakitkan hati. Pulangkan hadiah yang mahal menunjukkan betapa korang menghormati diri sendiri dan korang bukan nak kekal dalam hubungan tu disebabkan hadiah mahal yang korang dapat.

9. Fokus pada karierCuba dan buatkan karier adalah aspek yang paling penting dalam hidup korang. Usaha membina karier akan buat korang sibuk dengan perkara yang akan menguntungkan korang di masa hadapan. Tunjukkan yang korang boleh berjaya tanpa dia.


10. Bagi masa untuk diri sendiri.Sangat penting untuk berikan masa yang secukupnya pada diri korang. Korang kena sedar yang tak ada sesiapa pun dapat pulih dari kesakitan yang disebabkan breakup ni dalam sekelip mata. Proses pemulihan ni ambik masa jugak bergantung la macam mana cara korang handle perkara-perkara yang negatif dalam hidup. Fikir masak-masak dan bagi diri korang masa secukupnya sebelum mula dating balik.





p/s::renung2 kan n selamat beramal <3 <3


x0x0



No comments:

Post a Comment